PROGRAM UMRAH SERINGGIT SEJUTA NILAI (USSI)

Umrah RM1

Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai “USSI” adalah suatu usaha murni yang digerakkan untuk memberi peluang kepada insan kurang bernasib baik yang terdiri daripada golongan fakir miskin, saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang tidak berkemampuan bagi menunaikan umrah di Tanah Suci.

 

Kaedahnya mudah iaitu dengan mengumpul sumbangan kecil RM1 seorang daripada kalangan muslimin dan muslimat yang prihatin dan sayang akan nasib dan kesusahan yang menimpa saudaranya. Jumlah RM1 ini mungkin kecil bagi kita yang mampu tetapi besar nilainya buat mereka yang tidak berkemampuan.

 

Dalam pelbagai bentuk dan sifat kemiskinan, ada insan-insan yang menyimpan hajat murni iaitu untuk menunaikan ibadat haji mahupun umrah di Tanah Suci bagi melengkapkan rukun Islam mereka. Hakikatnya, tuntutan ini tidak mungkin tercapai disebabkan kemiskinan dan keupayaan yang terbatas, hanya dengan ehsan dan bantuan orang lain hajat ini dapat disempurnakan. Atas rasa kesedaran dan tanggungjawab inilah, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak berorientasikan keuntungan bersama Karyawan Bestari Sdn Bhd mengorak langkah untuk merealisasikan impian murni mereka.

 

Majlis sidang media telah diadakan pada 17 Februari 2012 di Restoran Rebung, Bangsar bagi mewar-warkan program ini kepada umum.

 

MAKLUMAT AKAUN

1) Bank Al Rajhi : 107001881930103 atas nama Yayasan Basmi Kemiskinan

2) Maybank : 514347210851 atas nama Karyawan Bestari Sdn Bhd, sekiranya tiada Bank Al Rajhi yang berhampiran

 

Facebook : facebook.com/umrahseringgit

Twitter : twitter.com/UmrahSeringgit