AYAT RIWAYAT 6

Saluran: 
TV AlHijrah
Tahun siaran: 
2016
Waktu siaran: 
5.30 petang
Episod: 
30 episod
Sinopsis: 

Majalah dokumentari yang berkonsepkan Islam, dokumentari Majalah “Muhammad Utusan Terakhir” Palestin, akan berkisar kepada 3 skop kupasan dan paparan, iaitu pertamanya, memberikan tumpuan kepada beberapa aspek sejarah yang berkisar terhadap Nabi Muhammad S.A.W khususnya baginda sebagai Utusan Terakhir, Perjalanan Israk Mikraj baginda ke Masjidil Aqsa, menjadi imam kepada sekalian nabi dan rasul sebelum ke Mikraq ke Langit dan keturunan baginda yang berasal dari Nabi Ibrahim A.S.

Kedua, kandungan juga akan menyentuh  kemuliaan bumi Palestin sebagai bumi yang penuh dengan barakah dan kemuliaan sesuai dengan pemilihan oleh Allah SWT dalam kalangan penduduk Palestin atau Bani Israel untuk dilantik sebagai nabi dan rasul. Antara mereka ialah Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S, Nabi Yaakub A.s, Nabi Ishak A.S, Nabi Sulaiman A.S, Nabi Zakaria A.S, Nabi Daud A.S dan ramai lagi. Ciri-ciri kemuliaan dan keistimewaan setiap daripada mereka seperti yang dianugerahkan oleh Allah SWT akan dipaparkan dan bagaimana baginda Nabi Muhammad S.A.W selaku nabi dan rasul yang terakhir memperlengkapkan ajaran-ajaran mereka ini dengan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada baginda mengatasi nabi dan rasul yang lain.

Skop ketiga ialah, tumpuan kepada situasi terkini, perkembangan dan masa depan bumi Palestin dan rakyatnya. Skop ini antara lain akan menyentuh pelbagi isu meliputi ekonomi, sosial, pendidikan, politik, cengkaman perang dan penindasan, perjuangan rakyat, keadilan, pelancongan, isu kanak-kanak, nasib dan masa depan Masjidil Aqsa dan isu-isu semasa Palestin.

Dokumentari ini berkonsepkan pendidikan dan informatif serta sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk di peringkat global.

Sinopsis Episod : Klik Sini

Majlis Pelancaran : (Galeri  I  Video I Keratan Akhbar)

Artikel

Utusan Malaysia : 1 Jun 2016  l  8 Jun 2016  l  15 Jun 2016  I  22 Jun 2016  I  30 Jun 2016  I  13 Julai 2016