Tentang Kami

Peneraju utama dokumentari Islam yang berjaya menghasilkan pelbagai genre program berkualiti untuk siaran televisyen terkemuka.

Ditubuhkan pada 9 September 2000, kini Karyawan Bestari Sdn Bhd (KBSB) berdiri teguh dan terus giat memperluaskan empayar perniagaannya dengan menceburi bidang penganjuran program, pengurusan acara, penerbitan program televisyen, video korporat serta penerbitan buku.

KBSB berhasrat untuk menyumbang kepada usaha dakwah Islamiah bagi memartabatkan syiar Islam di Malaysia dengan mengumpulkan tokoh dan personaliti bijak pandai Islam sebagai pasukan kerja dakwah Malaysia.

Di samping itu, KBSB juga berusaha untuk menjadi pelopor kepada perniagaan Islam moden berasaskan teknologi audio visual dan internet.

Misi KBSB adalah untuk terus kekal sebagai penganjur serta penerbit unggul program dakwah dan aktiviti keagamaan Islam.

InsyaAllah.

 

----------------------------

PENGUMUMAN TERKINI

Keratan akhbar Utusan Malaysia Sidang Media 'Terkini Palestin : Pencabulan Hak Asasi Manusia Terburuk Abad 21' oleh CENTHRA. (Klik Sini)

 ** Telah dikemaskini pada Khamis, 19 November 2015  3.30 pm